salam..
memang jadi lumrah kehidupan saya...
setiap hari isnin adalah hari sakit....tatau punca atau sebab musabab..
mungkin sebab 2 hari bercuti ni saya just terlantar sengeh jek tengok tv xhengat..
or sebab tepu je pemikiran ni tanpa keluar rumah langsung!
or sebab memang da set aku mesti sakit ngade2 tiap hari senin!
macam nile rupanya kalau da melampau2 sangat duk sakittt nih...adush!
tulun....
ok malas nak berintonannsi lebeh2...
disini saya titipkan beberapa tips untuk hilangkan sakit kepala tanpa ubat..diulangi UBAT!
*i loikeee*
1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.
2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).
3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.
4. Picit/ Urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.
5. Meditasi/ Tidur
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.
ok dah...
sharing is caring...LAH sangat...hehe...sambung kijo deh!
No comments:
Post a Comment