assalamualaikum..
macam satu kebetulan yang terlalu kebetulan.. post terakhir adalah mengenai raya haji... setahun yang lepas.. n kemudian saya kembali semula dengan post Raya Haji..
Khas untuk Ayah (Arwah Haji Kassim Bin Abd Rauf)
baru sebulan ayah pergi (3 Ogos 2015) bersamaan dengan 18 Shawal..mungkin masih dalam mood raya bagi kebanyakan orang. tapi bagi kami mood raya berhenti selepas tarikh tersebut.
rentetan kisah ayah..
aku coretkan di sini supaya kisah ayah menjadi kenangan terPenting dalam diari Kasihku Syurga.
Raya Tahun lepas.. xsangka ini gambar keluarga terakhir bersama ayah..Ayah sporting sangat... makan dan beraya di rumah anak anak yang dekat.. gurau senda...
tak lama kemudian..
2 minggu selepas raya tiba tiba ayah mengadu sakit di bahagian perut. rawatan demi rawatan dicuba di klinik kerajaan sehinggalah ayah di rawat di Hospital Aminah JB. Doktor sahkan ayah menghidap kanser kalenjar..
seperti biasa prosedur Hospital Kerajaan...di minta menunggu giliran dan makan ubat seperti biasa.. dan dalam masa yang sama keadaan ayah makin teruk sehinggalah ahli keluarga semua membuat keputusan menghantar ayah ke KPJ Johor untuk rawatan rapi.. Ya Allah! betapa terkejutnya kami kerana kanser semakin membesar dan sudah hampir ke stage 2! . nekad ! kami minta doktor lakukan pembedahan segera di KPJ. dan alhamdulillah keadaan ayah semakin baik...
rawatan demi rawatan susulan dilakukan di Hospital Sultan Ismail JB... Ayah menjalani kimoterapi yang sangat menyakitkan.. saban hari rambut yang penuh semakin rancak gugur.. selera makan semakin hari semakin hilang...
alhamdulillah berkat kesabaran dan semangat ayah... AKHIRNYA.. pertengahan April rawatan Kimo ayah berakhir.. ayah semakin ceria... selera makan mula kembali.... dan ayah paling eksaited untuk menerima menantu baru..... perancangan untuk pertunangan adik dipercepatkan bagi memenuhi permintaan ayah.... SHAWAL ke -3 tahun ini. 2015...
semua persiapan bagai disediakan masa pertunangan adik, tapi ketika hari pertunangan, ayah xdapat hadir.. sakit kaki akibat kesan pembedahan menyukarkan pergerakan,.. kami faham....
Ayah pesan... ambil gambar dan video untuk di tonton di rumah nanti.... kami patuh..... rakaman suara perbincangan dari wakil ayah pon dirakam untuk tatapan ayah nanti.... alhamdulillah semua nya berjalan lancar dan ayah semakin ceria.....excited menerima bakal menantu bongsu!
gambar ni dah lama.. tapi mungkin persediaan macam ni bersama ayah untuk sambut menantu nanti..
selepas raya ke -4 .. masing masing kembali menjalankan tanggungjawab kerja... termasuk aku.... sehinggalah seminggu kemudian.. aku ingat lagi (Hari RABU malam 29/7/2015) ..En Amin (suami) memberitahu perkhabaran yang sangat mengejutkan aku!.. ya aku seorang!.... rupa-rupanya kanser ayah semakin teruk.. dah Stage 4!.... dan semua adik beradik merahsiakan dari aku... Ya Allah!... hanya abg tah yang mungkin xtertahan untuk rahsiakan lagi.. En Amin diberitahu dengan harapan dapat disampaikan terus kepada aku...
Jumaat 31hb Julai 2015
aku terus cuti untuk pulang ke kampung... bersama sama Raudhah... En Ayah xdapat bersama kerana masih sibuk dengan urusan audit..
Ya Allah tuhan sahaja yang tahu betapa terkejutnya.. fizikal ayah berubah drastik dalam masa seminggu sahaja selepas pertunangan adik tempoh hari.. seluruh tubuh ayah lumpuh dan xboleh bertutur dengan jelas.. aku ingat lagi.. petang tu ayah teringin makan cendol... cepat cepat kami carikan cendol... Ayah teringin makan manggis.. kebetulan aku beli di RNR Pagoh... ayah hanya dapat menghisap jus jus manggis untuk hilangkan rasa lapar. bubur wajib diblender sehingga halus dan disuap melalui picagari...
1hb Ogos 2015
aku mengambil alih tugasan mak n Lah untuk sementara waktu... dari memandikan ayah sehinggalah menyuap makanan ayah... Ya Allah terasa aku yang ketinggalan menabur bakti... keadaan ayah nampak stabil.. aku minta Taufik belikan tiket bas untuk balik semula ke KL esok petang.. dan mengikut perancangan, minggu hadapan aku akan balik lagi untuk menjaga ayah.
2hb Ogos 2015
Segalanya berjalan lancar.. rutin harian seperti biasa.. aku pun sudah bersiap sedia mengemas untuk balik ke KL.. sehinggalah tiba tiba jiran memberitahu bahawa mak cik (adik mak) sedang nazak... Ayah yang sedang berehat ketika itu, terus arahkan aku untuk segera menziarah dan membantu.. tiket bas pukul 5.30 dan ketika itu pukul 4.30... ketika menziarah , makcik sudah tidak bermaya.. kami sedekahkan yaasin... kesemua saudara mara dan adik beradik yang lain juga sedang dalam perjalanan untuk menziarah.... aku batalkan tiket bas!
malam itu... bergilir gilir saudara mara menziarah makcik dan ayah.... semua adik beradik yang balik malam itu, ayah akan minta untuk dimandikan dan dibawa ke tandas.. dan malam itu... semua kembali ke rumah masing masing.. tinggal aku, mak, adik, Raudhah dan Muiz.... hanya kami malam itu menemani ayah.....
3hb Ogos 2015
sekitar jam 12.30 malam Raudhah tiba tiba mengamuk... menjerit jerit diminta untuk buka kan pintu utama rumah... Ya Allah! ketika tu hanya sikit kesabaran yang ada untuk melayan karenah Raudhah!.. aku bukakan juga pintu utama rumah dan kemudian Raudhah senyap dan minta untuk tidur bersama atuk... aku? risaukan karenah Raudhah yang mungkin akan mengganggu atuk, aku paksakan juga Raudhah tidur di bilik...
dalam jam 2.30 pagi.. mak kejutkan aku untuk bantu ayah ke tandas... ayah dah mula gundah untuk ke tandas untuk membuang air sedangkan pampers yang disarung disuruh buka.. kami pujuk juga ayah untuk buang air di tilam dan kami akan bersihkan... ayah akur..
kemudian ayah minta alihkan ke ruang tidur kerana ayah ingin baring.. ketika itu tiba tiba pinggang ayah tidak berfungsi. ayah terbaring dan tidak boleh duduk.. aku segera panggil adik untuk papah dan membantu ayah.... ketika itu, mulut ayah tidak henti henti mengucap shahadah.... aku masih x menyangka apa apa pun!
selang seminit ayah akan minta dibaringkan dan diduduk kan.... sehingga akhirnya aku n Lah memangku ayah secara bergilir gilir supaya ayah tidak berasa sakit tiap kali diangkat..... sehingga ketika giliran aku memangku ayah...adik menjerit mengatakan ayah kelihatan sangat pucat! Ya Allah!.... aku terus menyuruh ayah mengucap nama ALLAH berulang kali.. aku nampak ayah menghadapi sakaratul di atas pangkuan ku.. Ya Allah.... aku xsedar bila ayah betul betul pergi sehinggalah beberapa jiran datang dan memberitahu ayah sudah tiada.....
Ketika ini... aku hanya mengharap semoga ayah lulus menghadapi Sakaratul..... aku percaya ayah bahagia di samping penciptaNya.... semoga doa doa kami, amal jariah ayah dan ilmu yang ayah bekalkan kepada kami ketika hidup akan menyinari kehidupan ayah di SANA....
ALFATIHAH UNTUK ARWAH HAJI KASSIM BIN ABD RAUF... SEMOGA ROH AYAH DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG YANG BERIMAN... AMIN