Follow me..n i folow u..

mari menderma...

ru and amin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

December 28, 2011

kisah 2011...

Salam,

akhir2 ni bukak je paper/ majalah mesti aku nampak rentetan2 artis bagai..
xpun rentetan datok2...bilionare2..milionare2...
best bila baca2..nampak peningkatan/penurunan taraf sosial hidup.

ok dan disebabkan pengaruh2 tu...
aku pon nak buat rentetan bagai life aku...
merangkumi tahun lepas sampai hari ni.....sebab?
tahun lepas dan tahun ni banyakkk sangat peristiwa penting dalam hidup ni...

12 September 2010

hari pertunangan aku ...
masa ni memang sangat xsangka..aku berkawan rapat dengan abang masa Januari 2010.n 9 bulan kemudian kami diikat dalam janji pertunangan dalam majlis sederhana tapi meriah. sebenarnya kami kenal sejak di tingkatan 3. sebagai kawan biasa. n mungkin jodoh selepas 5 tahun. akhirnya kami bertemu tika aku sedang melalui hari2 praktikal di Secret Garden.


1 bulan kemudian....aku dapat tawaran kerja di Business Information Technology. alhamdulillah gejala pengangguran yang sedang berleluasa masa tu dapat aku elakkan.

rezeki tuhan.
meja kerja aku yang dulu. sekarang dah berpindah tempat.

31 Oktober 2010.

hari konvokesyen UUM. alhamdulillah dengan pointer 2nd class upper. aku boleh tarik nafas lega. sebab kepandaian aku memang xsetinggi para genius lain. tiada yang lain. niat aku hanya nak kumpul pengalamn belajar, berdikari, dan kumpul ilmu semampunya. bunga2 konvo tu pon aku xboleh lupa. rose turquois aku sengaja minta dari B.tah. suka sangat dengan colour n bau dia. n the second one, rose peach, surprise dari tunang (sekarang hubby i)..hehe...suka sangat dengan sepasang bear cute dengan uniform konvo...

Januari 2011

ni memang aku xkan lupa,.. mak kena tahan wad dekat 2 minggu untuk pembedahan kataraks mata. aku xkan lupa. masa tuh terus aku apply cuti n kali pertamanya drive sorang2 dari KL-JB. n beberapa hari lepastu ayah pulak buat pemeriksaan mata di Hospital yang sama. Hospital Sultan Ismail. bayangkan kedua ibu bapa di dalam hospital yang sama. tapi terpaksa bergilir2 untuk teman buat pemeriksaan. bila teman mak, tengok ayah sorang2 kat seat lain. bila teman ayah, tengok mak sorang2 kat bilik lain. masa tuh pertama kali aku menangis teresak2 di tengah2 antara 2 bilik. alhamdulillah sekarang semua dah beransur baik.

06 Jun 2011

majlis Perkahwinan aku dengan en.abang. banyak sangat dugaan yang kami tempuh sebelum majlis berlaku. n segalanya kami hadapi walaupun sakit. alhamdulillah dengan niat mendirikan masjid. kami berjaya disatukan dalam majlis yang sederhana tapi meriah. dengan sekali lafaz aku menjadi isteri yang sah kepada en Aminuddin Thaha Jaini. I Love u abang.


Lelaki ini
Yang selalu mencintamu
Selalu tanpa ragu

22 Ogos 2011

berita gembira 'bunting pelamin' aku xlama dapat dirasa. menjelang umur 2 bulan aku keguguran. sedih tapi penuh dengan penginsafan. semakin lama aku semakin faham hukum alam. segala yang terjadi sentiasa ada hikmahnya tersendiri.

sekarang....30 Desember 2011

tinggal 1 hari saja lagi untuk aku berpijak di tahun 2011. semua kenangan ni akan aku simpan, pahat baik2 dalam memori. semoga langkah pertama aku tahun 2012 membawa pembaharuan yang sangat baik. rezeki yang luas, kesihatan yang baik, kehidupan yang lebih sempurna.

teringin jugak tinggalkan list2 azam bagai. tapi sehingga saat ni, aku masih kabur dengan azam 2012. aku hanya percaya pada usaha dan perancangan. dan sehingga saat ini banyak perancangan yang sedang aku mulakan. doakan semoga diri ini sukses . Amin..

1 comment:

  1. membaca dgn senyum & mengharapkan segala impian usaha eija terkabul hendaknya 2012..amin

    ps: hope kte x hilang ukhuwah..save my new blog eija

    http://adin-mia.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
MyHotComments.com
MyHotComments what i wanna to be..