akhir2 ni bukak je paper/ majalah mesti aku nampak rentetan2 artis bagai..
xpun rentetan datok2...bilionare2..milionare2...
best bila baca2..nampak peningkatan/penurunan taraf sosial hidup.
ok dan disebabkan pengaruh2 tu...
aku pon nak buat rentetan bagai life aku...
merangkumi tahun lepas sampai hari ni.....sebab?
tahun lepas dan tahun ni banyakkk sangat peristiwa penting dalam hidup ni...
12 September 2010
hari pertunangan aku ...
1 bulan kemudian....aku dapat tawaran kerja di Business Information Technology. alhamdulillah gejala pengangguran yang sedang berleluasa masa tu dapat aku elakkan.
rezeki tuhan.
31 Oktober 2010.
Januari 2011
06 Jun 2011
majlis Perkahwinan aku dengan en.abang. banyak sangat dugaan yang kami tempuh sebelum majlis berlaku. n segalanya kami hadapi walaupun sakit. alhamdulillah dengan niat mendirikan masjid. kami berjaya disatukan dalam majlis yang sederhana tapi meriah. dengan sekali lafaz aku menjadi isteri yang sah kepada en Aminuddin Thaha Jaini. I Love u abang.

Lelaki ini
Yang selalu mencintamu
Selalu tanpa ragu
Yang selalu mencintamu
Selalu tanpa ragu
22 Ogos 2011
berita gembira 'bunting pelamin' aku xlama dapat dirasa. menjelang umur 2 bulan aku keguguran. sedih tapi penuh dengan penginsafan. semakin lama aku semakin faham hukum alam. segala yang terjadi sentiasa ada hikmahnya tersendiri.
sekarang....30 Desember 2011
tinggal 1 hari saja lagi untuk aku berpijak di tahun 2011. semua kenangan ni akan aku simpan, pahat baik2 dalam memori. semoga langkah pertama aku tahun 2012 membawa pembaharuan yang sangat baik. rezeki yang luas, kesihatan yang baik, kehidupan yang lebih sempurna.
teringin jugak tinggalkan list2 azam bagai. tapi sehingga saat ni, aku masih kabur dengan azam 2012. aku hanya percaya pada usaha dan perancangan. dan sehingga saat ini banyak perancangan yang sedang aku mulakan. doakan semoga diri ini sukses . Amin..