Follow me..n i folow u..

mari menderma...

ru and amin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

November 2, 2010

ini hikmahnya..

salam..

sekarang nih memang hot dengan kisah banjir di utara..

terkejut sangat bila baca berita ni pagi tadi::

Sementara itu, di ALOR SETAR, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata dua sesi Majlis Konvokesyen Ke-23 universiti itu ditangguhkan berikutan penutupan laluan di Kilometer 10.5 Lebuhraya Utara-Selatan di Changlun akibat banjir, sejak kelmarin.

Beliau berkata, sesi kelima dan keenam Majlis Konvokesyen itu terpaksa ditangguhkan ke Januari depan, tetapi tarikhnya belum ditetapkan lagi.
“Penangguhan konvokesyen pada hari terakhir ini berikutan graduan dan ahli keluarga mereka tidak dapat datang ke UUM apabila laluan di lebuh raya berkenaan ditutup akibat dinaiki banjir,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam. manakala laluan alternatif yang ada pula merbahaya untuk dilalui,” katanya.

“Selain itu, kakitangan universiti termasuk pensyarah turut terjejas dengan banjir dan pihak universiti memutuskan untuk menangguhkan majlis itu ke sesi khas Januari tahun depan.

“UUM amat berat hati untuk membuat keputusan ini tetapi demi kebaikan dan keselamatan graduan, ibu bapa, waris dan kakitangan menyebabkan keputusan ini terpaksa dibuat," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sesi terakhir majlis konvokesyen itu sepatutnya menyaksikan 1,373 graduan menerima ijazah mereka semalam.

Mustafa berkata, UUM akan memaklumkan kepada pelajar terbabit mengenai tarikh konvokesyen yang tertangguh itu.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa pelajar supaya tidak bimbangkan mengenai tahap keselamatan anak mereka di dalam kampus kerana keadaan terkawal dan bekalan makanan tidak terputus.

Majlis konvokesyen ke-23 itu bermula Ahad lalu dan sepatutnya berakhir semalam.


sumber: berita harian online

tibe2 rasa malu sendiri..
betapa aku mengeluh dengan macam2 dugaan konvo..
tapi rupanya aku adalah antara insan yang paling bernasib baik..
konvo yang disertai dengan hujan lebat..
aku kesal sebab xsempat bergambar..
teruk!..

padahal sahabat2 lain terpaksa tunda terus..
bayangkan persiapan untuk konvo yang da dibuat macam2..
kos pergi utara dari selatan..
book transport bagai..
ke'eksaited'an ahli family lain yang sangat teruja join majlis kita...

n tiba2..
kita ter'sangkut dalam banjir..
stay kat mana2 dewan yang selamat..
bersama2 ngan ahli family lain..
tambah lagi..
perlu buat perancangan baru untuk next travel..
kos baru..
apply cuti baru..

Ya Allah betapa aku malu menjadi hamba yang mengeluh!

ampunkan daku..

2 comments:

  1. syukurlah syg dh siap awl...pasni pe jg dgaan yg kt hdpi hrus la kn b'sbar jgn dok kalut n mrungut...ad hkmah d sblknye....

    ReplyDelete
  2. thanks abang...betul tuh..pasni kita xleh kalut2 lagi..kena berfikir dengan berhemah setiap apa yang terjadi..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
MyHotComments.com
MyHotComments what i wanna to be..